My Ways..

Road..

Dibulan ramadan ini kita semua ramai yang pergi solat isyak berserta solat sunat tarawih dimasjid & surau. Begitu meriah sekali masjid & surau dibulan ramadan yang mulia ini. Termasuk dengan saya sendiri. Pada saya kemeriahan dibulan ramadan lebih indah lagi berbanding dari bulan syawal yang bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Mungkin hanya perasan saya saja, lain orang lain hati..

Selepas solat tarawih & juga solat witir maka adanya tazkirah yang disampaikan oleh ustaz jemputan khas. Alhamdulillah ilmu-ilmu yang disampaikan ustaz amat berguna pada semua jemaah. Selain itu ada aktiviti lain disurau semasa saya disana, iaitu tadarus Al-Quran bersama dengan pelajar Tahfiz Al-Islah. Seronok bersama dengan adik-adik tahfiz hingga saya anggap mereka seperti adik-adik saya sendiri. InsyaAllah kemeriahan yang sama akan disambut untuk bulan ramadan yang akan datang =)


0 comments:

Post a Comment